"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guan Eng ancam tindakan mahkamah terhadap MP PAS

Buktikan pemimpin DAP ada kaitan dengan Chin Peng, Kuan Yew, gesa Guan Eng
Lim Guan Eng berkata, dakwaan Ahli Parlimen PAS Siti Mastura Mohamad berupa serangan peribadi dan berbaur perkauman.

Lynelle Tham
Lim Guan Eng memberi Siti Mastura Mohamad tempoh hingga Khamis untuk membuktikan dakwaannya.
PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng mendesak seorang Ahli Parlimen PAS membuktikan dakwaannya bahawa beliau dan pemimpin utama parti itu mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin komunis Chin Peng dan bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Menurut Lim, Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad membuat dakwaan tersebut terhadap dirinya dan bapanya, Kit Siang, serta Loke Siew Fook, Nga Kor Ming, Teresa Kok dan Ngeh Koo Ham, pada perhimpunan jentera PAS Kemaman di Terengganu pada Sabtu.

Dalam video yang ditunjukkan Lim kepada media di Parlimen hari ini, Mastura turut mendakwa kesemua pemimpin DAP yang disebutnya itu mempunyai pertalian darah.

“Ini satu serangan peribadi terhadap saya, keluarga saya dan pemimpin utama dalam DAP. Ia fitnah jahat, serangan peribadi dan berbaur perkauman,” kata Lim ketika menafikan dakwaan Siti Mastura.

Beliau memberi Siti Mastura tempoh hingga Khamis untuk membuktikan dakwaannya atau beliau akan mengambil tindakan.

“Jika dengar nadanya, (seolah-olah) nak merendah-rendahkan kami sebagai pemimpin secara peribadi dan berbaur perkauman,” katanya.

“Ini tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang bukan sahaja mempunyai masyarakat majmuk, tetapi di mana kita perlu berjuang untuk semua orang tanpa mengira kaum dan latar belakang.”

Ini bukan kali pertama dakwaan sebegitu timbul. Pada 2017, Kit Siang terpaksa mengeluarkan penafian selepas carta yang kononnya menggambarkan pertalian keluarganya dengan Chin Peng dan Kuan Yew tersebar.

Tiada ulasan: