"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

42 warga asing antara dicekup, e-waste RM721 juta dirampas

FMT Reporters

Rampasan dan tangkapan itu dilakukan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
Timbunan sisa e-waste diimport secara haram dalam Op Hazard di Perak, pada 16 Feb. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sisa elektrik dan elektronik (e-waste) bernilai RM721 juta dalam serbuan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Komander Hakemal Hawari, berkata menerusi Op Hazard dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan itu, seramai 47 individu ditahan dalam 12 serbuan pada Sabtu lalu iaitu tujuh di Selangor, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Johor, serta satu di Melaka.

“Tangkapan melibatkan lima warga tempatan termasuk seorang perempuan dan 42 warga asing iaitu 40 lelaki dan dua perempuan. Tangkapan warga asing melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Kemboja, China, dan Singapura,” katanya menurut Bernama.

Hakemal berkata, kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Senjata Api 1960 dan Akta Imigresen 1963.

“Pihak polis juga mengharapkan agar orang awam dapat menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan segala jenis maklumat berkaitan kes-kes penyeludupan yang berlaku bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana elemen aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Semalam, pasukan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam kenyataan memaklumkan kejayaan menumpaskan sindiket memproses e-waste secara haram membabitkan nilai rampasan RM410 juta dalam serbuan di dua kilang berasingan di Pekan dan Gebeng, Pahang pada Sabtu.

Hasil serbuan menemukan puluhan guni sisa elektronik dan buangan terjadual seperti ‘black powder’ (tembaga/nikel), lebih 670 tan perak yang belum dan sudah diproses, dipercayai dibawa masuk dari China selain pelbagai mesin serta jentera memproses bahan pelupusan tanpa dokumen JAS.

Tiada ulasan: