"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kenapa saya bogel?’ Jacyln berang scammer kongsi gambar palsu

Malaysiakini 
story-image
Jaclyn Victor akan membuat laporan polis selepas gambar yang disunting menunjukkan kononnya penyanyi itu dalam keadaan berbogel sambil diiringi polis.

Gambar itu dipercayai digunakan untuk aktiviti penipuan atau phishing dalam talian.

Phising ialah apabila pengguna dalam talian ditipu untuk mengklik ke halaman tertentu, dengan matlamat mengambil maklumat peribadi dan butiran lain mereka untuk tujuan penipuan.

“Mereka ini betul -betul membuat saya marah. Nak cakap tak guna kang kita yang jadi orang tak baik.

“Saya akan pergi ke balai polis  @pdrmsia_official @skmm_mcmc

“Juga kenapa saya bogel,” katanya  dalam catatan di Instagram yang memaklumkan pengikutnya tentang penipuan itu.

Gambar digunakan oleh penipu itu dibuat untuk kelihatan seperti artikel berita, dengan tajuk: 'Jacyln Victor: Selepas wawancara, bank mengambil sedikit tindakan. Prosedur sedang berjalan.'

Ia juga ditag sebagai '10 berita utama di Malaysia'.

Gambar yang menunjukkan dia dalam keadaan berbogel dan kelihatan tertekan. Bagaimanapun beberapa bahagian badannya dipikselkan dan ditutup dengan perkataan "ditapis".

Gambar itu dikongsi sebagai hantaran tajaan di pelbagai platform media sosial, termasuk Youtube.

Tiada ulasan: