"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anfield: Salah catat sejarah lagi

Agensi
SALAH meraikan jaringannya ketika menentang Wolves. FOTO Reuters
SALAH meraikan jaringannya ketika menentang Wolves. FOTO Reuters
London: Mohamed Salah menjadi pemain keempat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) menjaringkan lebih daripada 100 gol di venue sama selepas meledak jaringan ke-101 di Anfield pada Ahad lalu yang menyamai rekod Wayne Rooney di Old Trafford.

"Tidak kira apa yang berlaku, saya tidak akan pernah lupakan perasaan menjaringkan gol di Anfield," kata Salah.

Salah mencipta catatan hebat itu menerusi rembatan penalti ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1.

Rekod demi rekod seolah-olah hanya menunggu masa dipecahkan setiap kali kali ikon Mesir itu melangkah ke atas padang, tetapi mengumpul 101 gol EPL di hadapan penyokong sama adalah pencapaian yang tidak ramai mampu melakukannya.

Rooney memerlukan 201 penampilan di Old Trafford (termasuk tiga penampilan bersama Everton) untuk mengumpul 101 gol di venue Manchester United.

Sergio Aguero menjaringkan 106 gol di Etihad manakala Thierry Henry menikmati kejayaan luar biasa di Highbury, gelanggang Arsenal.

Ikon Perancis itu mempunyai jumlah menakjubkan sebanyak 114 gol dalam 125 perlawanan EPL di bekas stadium Arsenal terbabit.

Salah mungkin tidak mempunyai masa yang lebih lama untuk terus menguasai venue paling disukainya.

Walaupun Salah mungkin kekal di Anfield, tidak mungkin dia dapat mengatasi rekod luar biasa Ian Rush yang menjaringkan 185 gol dalam semua pertandingan di venue keramat Liverpool itu.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu tetap boleh berbangga selepas mengatasi catatan beberapa legenda dalam senarai carta penjaring terbanyak termasuk Robbie Fowler, Kenny Dalglish dan Steven Gerrard.

Tiada ulasan: