Reuters
New Delhi: Mahkamah India memenjarakan seorang lelaki berusia 31 tahun seumur hidup pada Isnin berikutan kes rogol dan pembunuhan seorang wanita dari Ireland di Goa, hampir lapan tahun selepas jenayah itu.
Mangsa, yang namanya tidak boleh didedahkan di bawah undang-undang India, berusia 28 tahun ketika dia melawat Goa pada Mac 2017 dan berkawan dengan Vikat Bhagat, lelaki yang disabitkan dengan jenayah itu.
"Hari ini mahkamah telah memberikan keputusan muktamad, penjara seumur hidup kepada tertuduh," pegawai penyiasat Filomeno Costa memberitahu agensi berita ANI.
Peguamnya, Vikram Varma, berkata mayat itu ditemui di kawasan hutan pantai Palolem Goa, mengalami pelbagai kecederaan, termasuk beberapa di mukanya.
"Tiada apa-apa yang boleh mengimbangi kehilangan seorang anak, tetapi hukuman itu boleh meredakan kesedihan keluarga," kata Varma dalam satu kenyataan kepada Reuters.
"Ia adalah 'perjuangan' yang panjang hampir lapan tahun tetapi keadilan dapat dicapai.
"Laporan forensik mengesahkan wanita itu dirogol dan mukanya dicederakan dengan botol bir untuk menggagalkan usaha mengenal pastinya, kata peguam itu.
India mengetatkan undang-undang mengenai rogol dan menubuhkan mahkamah khas selepas kes rogol beramai-ramai pada 2012 ke atas seorang wanita muda di dalam bas dan pembunuhannya mengejutkan negara.
Bulan lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada sukarelawan polis yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang doktor muda di sebuah hospital di bandar timur Kolkata.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan