"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kebakaran disyaki akibat bateri basikal elektrik, seorang lelaki maut

Bernama

Penyiasat beri tumpuan kepada bateri basikal elektrik yang dicas, dipercayai menggunakan pengecas tak sesuai, sebagai punca kebakaran.
Dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney, seorang lelaki maut, manakala 5 penghuni lain berjaya selamatkan diri. (Gambar FRNSW)
SYDNEY: Seorang lelaki maut di barat Sydney pada pagi Selasa dalam kebakaran rumah disyaki berpunca daripada bateri basikal elektrik yang sedang dicas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di Guilford sejurus sebelum 5 pagi (1800 GMT Isnin), menurut pihak berkuasa New South Wales (NSW).

Polis NSW berkata, lima penghuni dilaporkan berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi ditemukan di dalam rumah.

Mangsa yang belum dikenal pasti secara rasmi itu dibawa keluar dari rumah namun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut perkhidmatan kecemasan.

Bomba dan Penyelamat NSW berkata, penyiasat memberi tumpuan kepada bateri basikal elektrik yang sedang dicas sebagai punca kebakaran tersebut.

Pakar forensik yang memeriksa lokasi kejadian mendapati ‘pengecas yang tidak sesuai digunakan untuk mengecas bateri basikal elektrik di bilik tidur pada masa kebakaran’, kata bomba dalam kenyataan.

Menurut bomba, penyiasat percaya ‘bateri itu tidak dapat menyerap tenaga yang dijana oleh pengecas dan terlebih panas, mungkin menyebabkan kebakaran’.

Tambahnya, basikal penghantaran makanan itu ditemukan di luar rumah tersebut.

Penyiasat kebakaran NSW Chris Hughes berkata, pada masa kebakaran, rakaman CCTV menunjukkan api keluar dari tingkap bilik tersebut, dengan ‘nyalaan seperti jet yang terhasil daripada bateri lithium-ion’.

Tiada ulasan: