Bernama-KYODO
Fukushima: Tiga orang ditemui rebah pada Selasa di kawasan dengan kepekatan tinggi gas toksik berhampiran pusat peranginan mata air panas di Fukushima, timur laut Jepun, dan kemudiannya disahkan meninggal dunia, kata pihak berkuasa bomba tempatan.
Menurut Agensi Berita Kyodo, mereka adalah pengurus, 60-an, dan dua pekerja, 50-an dan 60-an, kakitangan sebuah hotel di kawasan Takayu Onsen di bandar itu. Ketiga-tiga mereka telah hilang petang sebelumnya selepas memasuki pergunungan berhampiran untuk kerja-kerja penyelenggaraan mata air panas.
Kawasan itu mempunyai kepekatan gas yang tinggi, termasuk hidrogen sulfida, menurut pihak berkuasa.
Setakat jam 7.30 pagi, pengumpulan salji di kawasan itu mencecah 146 sentimeter, manakala suhu mencecah -7.7°C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan