"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Remaja 16 tahun lahirkan anak hasil sumbang mahram, buang bayi di belakang rumah

Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my
BAYI lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja, Besut, di sini, petang semalam. FOTO tular
BAYI lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja, Besut, di sini, petang semalam. FOTO tular
Besut: Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Raja, di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menerima panggilan kecemasan jam 2.54 petang berhubung penemuan bayi dipercayai baru dilahirkan.

Katanya, siasatan awal mendedahkan remaja perempuan berumur 16 tahun melakukan persetubuhan sumbang mahram dengan ahli keluarga hingga melahirkan anak tanpa pengetahuan sesiapa.

Katanya, suspek dipercayai membuang bayi itu sebelum ditemukan oleh penghuni rumah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan ibu meninggalkan bayi dengan niat hendak membuangnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau denda atau keduanya.

"Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu perbuatan perempuan dan lelaki yang tidak dibenarkan untuk berkahwin oleh hukum agama melakukan persetubuhan.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan dikenakan sebatan," katanya.

Katanya, mahkamah membenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang juga adik kepada ibu bayi itu untuk membantu siasatan.

"Remaja perempuan itu pula kini sedang mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Tiada ulasan: