"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat bangunan RM25 juta dijual RM5.40

KOSMO!
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Pusat John Mansfield. – GOOGLE MAPS
LONDON – Polis Cambridgeshire, timur England melancarkan siasatan selepas sebuah bangunan kolej bernilai £4.6 juta (RM25.1 juta) dijual pada harga cuma £1 (RM5.40), lapor laman berita GB semalam.

Bangunan berkenaan, Pusat John Mansfield adalah sebahagian daripada institusi pengajian City College Peterborough yang menyediakan pendidikan kepada golongan dewasa.

Polis berkata, mereka menahan tiga individu kerana disyaki menggunakan jawatan masing-masing untuk melakukan salah laku berkaitan penjualan tersebut.

Menurut pihak berkuasa, keputusan untuk menyerahkan bangunan itu dibuat di luar bidang kuasa dan melanggar kewajiban majlis perbandaran untuk mendapatkan harga terbaik.

“Keputusan jualan itu dibuat oleh  seorang pegawai yang tidak diberi kuasa secara eksplisit,” demikian menurut laporan tempatan.

Pihak majlis boleh menjual hartanah di bawah nilai pasaran tanpa memerlukan kelulusan Setiausaha Negara tetapi hanya jika nilainya adalah £2 juta (RM10.9 juta) atau lebih rendah.

Pusat John Mansfield pula bernilai £4.6 juta dan persetujuan daripada kerajaan pusat adalah mandatori, namun tiada bukti sesiapa pernah mendapatkan kebenaran itu. – AGENSI 

Tiada ulasan: