"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagaimankah Hukuman Sebat Jenayah Syariah Dan Undang2 Sivil Dilaksanakan

Mari kita saksikan video rakaman hukuman sebat.

Video ini adalah rakaman amatur demonstrasi hukuman sebat didalam program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Sebatan cara pertama adalah sebatan berdasarkan peruntukan Syariah. Libasan adalah pada kadar 90° dan ia tidak disentap semula hingga boleh menjadikan kulit tersiat sebagaimana sebatan menurut peruntukan undang-undang sivil. Tukang sebat itu adalah petugas terlatih yang mampu melaksanakan hukuman sebat sama ada menurut peruntukan Syariah mahu pun undang-undang sivil.

Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.


Video dibawah pula hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara dibawah undang-undang sivil. Lihat dan fikir-fikirkanlah.


Tiada ulasan: