"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Lagi 4 kes Umno khianati Melayu Johor

MAZLAN ALIMAN
Ketua Penerangan PAS Johor
BAHAGIAN KETIGA


1. Iskandar Malaysia

Asalnya dikenali sebagai Pembangunan Ekonomi Johor Selatan (South Johor Economic Region -SJER). Kemudian bertukar kepda Wilayah Pembangunan Iskandar sebelum menggunakan namanyaseperti sekarang. Dilancarkan pada 4 November 2006 dan berkeluasan 2,217km persegi iaitu tiga kali lebih besar daripada Singapura.

Sebuah jawatankuasa bersama peringkat menteri antara Malaysia dengan Singapura turut diwujudkan bagi memperhalusi sebarang cadangan kerjasama pembangunan Iskandar Malaysia.

Mengikut Pelan Induk Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia (Comprehensif DevelopmentPlan - CDP), Iskandar Malaysia membabitkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu yang terdiridaripada tanah rancangan Felda dan kampung tradisi. Ini tidak termasuk tanah-tanah kerajaan dan 10 perkampungan orang asli.

Tawaran pakej insentif dan sokongan seperti pengecualian pembayaran cukai korporat sebanyak 28 peratus setahun selama 10 tahun, pengambilan pekerja asing tanpa had, pengecualian syarat penyertaan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat asing yang melabur dalam Iskandar Malaysia dan pemilikan hartanah kediaman melebihi RM250,000 tanpa kelulusan Foreign Investment Committee (FIC) meletakkan kepentingan orang Melayu semakin terhakis dan hilang ketuanan.

Singapura sebagai rakan kongsi utama tentunya menggunakan peluang ini untuk melaksanakan misi menjadikan Iskandar Malaysia sebagai 'sebahagian daripada wilayah Singapura'.

Keghairahan broker tanah menjadikan tanah orang melayu sebagai saranan untuk dijual kepada pelabur Singapura mutakhir ini mengesahkan kebimbangan PAS bahawa nasib orang melayu Johor akan menjadi seperti rakyat Palestin yang merempat di tanah air sendiri.

2. Pulau Batu Putih

Singapura telah mentadbir rumah api di pulau tersebut semenjak 1850, sama seperti Pulau Pisang. Pihak Singapura melalui marin dan tentera mengawal pulau tersebut dan keluar masuk tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia meskipun adalah jelas berada dalam perairan negara kita.

Singapura mengenakan bayaran kepada setiap kapal yang menggunakan panduan rumah api dan mendirikan bangunan baru yang dikawal dengan sistem radar yang canggih. Nelayan Malaysia yang kebanyakannya Melayu tidak dibenarkan lagi menghampiri Pulau Batu Putih yang juga dikenali 'Pedra Branca' oleh Singapura.

Ketika tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bergema pada 1994 di mana Singapura merujuknya kepada International Court Justice (ICJ), Dewan Pemuda PAS yang diketuai Dato' Mahfuz Omar bersama ratusan Pemuda PAS Johor mengadakan tunjuk perasaan mempertahankan hak Pulau Batu Putih sebagai milik mutlak Malaysia.
Suatu ekspedisi diatur untuk memacakkan bendera Malaysia di Pulau Batu Putih. Malangnya anggota ekspedisi dihalang polis di jeti nelaya Sungai Rengit, Kota Tinggi. Muhyiddin Yasin yang ketika itu Menteri Besar Johor membidas tindakan Pemuda PAS yang dianggap mengeruhkan hubungan dengan Singapura.

Pergerakan Pemuda Umno Johor mengatakan 'langkah mayat Pemuda Umno jika Pulau Batu Putih nak diambil Singapura'.

Pulau Batu Putih sudah menjadi putih mata. Yang tinggal middle rocks yang tenggelam timbul bila air pasang surut. Solat hajat seluruh masjid setiap Jumaat untuk mendoakan hak atas Pulau Batu Putih sudah berakhir.

Jangankan nyawa Pemuda Umno, sehelai bulu roma mereka pun tidak tanggal di saat rakyat singapura berpesta meraikan kemenangan sebagai empunya sah Pulau Batu Putih oleh ICJ.

3. Pengusiran penduduk Melayu Kampung Bentung Luar, Kluang

Sebanyak 88 buah rumah penduduk Melayu telah wujud semenjak 40 tahun lalu. Penghuninya begitu setia kepada Umno. Ketika ura-ura pengambilan tanah kampung tersebut pada 1995, penduduknya menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mempertahankan hak mereka dan meminta bantuan pemimpin Umno bahagian Kluang.

Pemaju menawarkan pampasan RM15,000 sahaja dan memindahkan mereka di Taman Sri Kluang secara sewa beli. Sebahagian penduduk menolak kerana tidak sanggup menanggung hutang bankdalam suasana hidup yang berpendapatan rendah.

Tambahan pula, tanah tersebut asalnya tanah kerajaan yang sepatutnya mereka miliki kerana janji pemimpin Umno setiap kali pilihan raya adalah untuk memberi hak milik jika penduduk kekal mengundi BN.

Pada tanggal 8 dan 9 September 2001, semua rumah berkenaan selesai dirobohkan. Menangis keluar air mata darah sekalipun sudah berguna lagi. Sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Umno dibalas dengan pengkhianatan oleh pemimpin mereka sendiri yang menjadi dalang kepada pemaju.

4. Peniaga kecil Melayu ditelan Pasar Raya Besar (hypermarket)

Dr Ramli Mohd Kari, bekas Adun PAS Senggarang, ketika sidang Dewan Undangan Negeri Johor membangkitkan nasib lebih kurang 4,000 peniaga kecil Melayu sekitar Johor Bahru yang terpaksa gulung tikar akibat persaingan lebih 20 pasar raya besar.

Masyarakat pengguna lebih suka berbelanja di pasar raya besar seperti Xtra, Giant, Carrefour, Jaya Jusco, Makro, Kid Mart dan Tesco kerana kononnya menawarkan pelbagai barang pilihan, premis berhawa dingin, tawaran harga menarik, promosi musim perayaan dan penggunaan troli. Selama ini pun kehadiran supermarket dan departmental store telah memberiancaman serius kepada periuk nasi peniaga kecil.

Tindakan Kerajaan Negeri Johor yang membekukan sementara pembukaan hypermarket berkuatkuasaselepas 3 April 2002 nampaknya tidak dipatuhi. Garis panduan Jemaah Menteri pada mesyuaratnya 24 April 2002 dan 7 April 2004, antaranya, membuat keputusan:

1. Saiz ruang lantai niaga minima bagi setiap hypermarket ialah 5,000 meter persegi.
2. Hypermarket tidak boleh dibangunkan di lokasi yang mempunyai penduduk bawah 350,000 orang.
3. Pengusaha hypermarket perlu menghantar pelan perancangan pembangunan untuk memperkembang atau menambah kewangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNPHEP) dua tahun lebih awal sebelum permohonan mereka dipertimbangkan.
4. Kajian impak mengenai perniagaan runcit setempat sedia ada perlu dibuat.
5. Hypermarket dan supermarket tidak dibenarkan beroperasi 24 jam.
6. Syarikat asing yang mempunyai ekuiti dalam hypermarket diteliti terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Perdagangan Pengedaran (JKPP) dan kelulusan penyertaan oleh KPDNPHEP.

Adalah sangat menjolok mata ketika ini kebanjiran hypermarket tanpa mematuhi garis panduan kerajaan. Tidak sukar untuk meneka kenapa ia wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan meskipun kononnya berdepan prosedur ketat sebelum diluluskan operasinya. Kuasa politik pemerintah lebih besar dan sentiasa menunggu peluang.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: