"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Gapena Desak Kerajaan Mansuh Segera PPSMI

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta. Katanya tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Ismail berkata kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos psarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan buku-buku serta penambahan peralatan multimedia.

"Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003," kata beliau.

Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.

Beliau berkata pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat.
-tvantara.com-
[selalu sangat hampir ketinggalan keretapi, itu sebabnya Pak samad lebih dihormati dan layak digelar tokoh pejuang bahasa]

Tiada ulasan: