"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengelak Di Kota Siputeh Kena Kat Bagan Pinang

Berjaya mengelak menghadapi pilihanraya kecil di Kota Siputeh tapi kena pula kat Bagan Pinang, itu takdir namanya.

SPR telah diperkudakan untuk menafikan PRK DUN Kota Siputeh walaupun semua orang tahu tugas SPR hanya menjalankan pilihan raya atas pengisytiharan kekosongan oleh dewan dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengetepikan keputusan atau perisytiharan yang telah dibuat oleh dewan.

Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh dewan kita pun tak faham.

Dalam keseronokan Umno apabila berjaya mengelak menghadapi pilihanraya kecil di Kota Siputeh dengan tidak
semena-mena mereka dikejutkan dengan berita kematian ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor. Allahyarham baru berumur 54 tahun.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari kerana itulah tugas mereka.

1 ulasan:

tammet86 berkata...

MANUSIA BOLEH MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YG TERBAIK. APA SAJA KUASA DIMALAYSIA SPR BOLEH MANSUH TP KUASA ALLAH SPR KANTOI.UBN TERPAKSA HADAPI MIMPI NGERI NI.