"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Michael Jackson selamat disemadikan

Raja pop Michael selamat disemadikan dalam dalam upacara pengebumiannya yang diadakan di Glendale Forest Lawn Memorial Park, California. foto-AP

GLENDALE, California: Raja Pop Michael Jackson, akhirnya selamat disemadikan di Forest Lawn Glendale, hari ini, selepas lebih dua bulan meninggal dunia.

Upacara pengebumian tertutup yang dihadiri oleh lebih 200 jemputan terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat penyanyi tersohor dunia itu dimulakan beberapa jam lewat kerana menantikan ketibaan keluarga Michael di tanah perkuburan itu.

Pada awalnya, upacara itu dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Al Sharpton, salah seorang calon pemilihan presiden parti Demokrat tahun 2004, turut berucap di upacara itu manakala Gladys Knight telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk 'Our Father'.

Kira-kira pukul 12 tengah hari (waktu tempatan), Sharpton menulis di dalam laman web Twitter, "Michael Jackson telah disemadikan."

TERDAHULU

Ahli keluarga Jackson. Dari kiri: Janet Jackson, Randy Jackson, Jackie Jackson, Tito Jackson, Jermaine Jackson dan Marlon Jackson. foto-AP

UPACARA pengebumian Michael Jackson terpaksa bermula beberapa jam lewat daripada yang dijadualkan.

Keluarga Jackson sedang dalam perjalanan menuju ke Forest Lawn cemetery in Glendale diiringin dengan 30 kereta limusin, kelihatan ada diantara mereka yang melambai tangan kepada peminat-peminat Michael.

Beberapa minit kemudian sebuah kereta yang membawa mendiang Michael Jackson tiba, ia diiringi oleh empat pegawai polis yang menaiki motosikal.

Upacara itu pada mulanya dijadualkan pukul 7 malam waktu California (0200 GMT Jumaat), ia dijangka akan berlangsung selama sejam, menurut jurucakap polis di Glendale.

Kawalan ketat di kawasan itu menyebabkan peminat dan petugas media hanya boleh memerhatikan dari jauh. Ruang udara juga telah ditutup.

TERDAHULU

Michael Jackson akan dikebumikan di Forest Lawn Memorial Park, Glendale, California. foto-AP

SUASANA yang panas tidak menghalang Elizabeth Taylor, Barry Bonds, Macaulay Culckin dan beberapa selebriti lain untuk hadir berkabung dan memberi penghormatan terakhir dalam upacara pengebumian Raja pop Michael Jackson.

Upacara tersebut terpaksa bermula lewat kerana keluarga Jackson masih lagi dalam perjalanan ke tanah perkuburan di Glendale Forest Lawn Memorial Park.

Lima baris kerusi dihadapan yang dikhaskan kepada keluarga Jackson, masih lagi kosong.

Penangguhan itu menyebabkan Elizabeth Taylor, 77, dan selebriti lain terpaksa menunggu lama dengan keadaan cuaca panas yang mencecah 32 darjah celcius.

Udara dikawasan itu dicemari dengan asap akibat pembakaran hutan di kawasan berhampiran kira-kira 10km dari tanah perkuburan itu.

Beberapa buah kamera telah dipasang di sekitar kawasan tempat duduk dan kawasan perkuburan Michael Jackson. Rakaman upacara pengebumian itu dipercayai akan ditayangkan dalam dokumentari konsert Michael Jackson bertajuk 'This Is It'

Lebih kurang 250 kerusi telah disediakan kepada ahli keluarga Michael Jackson, kenalan rapat beliau dan juga beberapa orang selebriti.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 435 petugas media datang untuk membuat liputan upacara pengebumian tersebut.

TERDAHULU

RAJA Pop Michael Jackson selepas 70 hari kematiannya akhirnya hari ini akan dikebumikan awal pagi waktu tempatan.

Beliau akan dikebumikan di Holly Terrace Grand Mausoleum di Glendale Forest Lawn Memorial Park, kira-kira 9km dari Hollywood.

Menurut sebuah laman web upacara pengebumian lagenda pop itu dijadualkan bermula sekitar pukul 7 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu, peminat tidak akan berpeluang melihatnya dan sebarang peralatan elektronik seperti kamera tidak akan dibenarkan dibawa masuk.

Upacara itu akan berlansung sekitar 45 minit dan hanya kenalan rapat Michael Jackson dan keluaraganya dibenarkan hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Kawasan di persekitaran dan ruang udara tempat itu telah ditutup.

Helikopter polis yang dilengkapi dengan teknologi infra merah mula membuat rondaan di kawasan tanah perkuburan seluas 290 hektar itu bermula rabu lepas untuk memastikan tidak ada individu yang mencuri masuk.

Anjing polis dan pengawal keselamatan turut berkawal di kawasan itu.

Kawan rapat kepada Michael, Diana Ross dan Pengerusi Motown label, Berry Gordy akan hadir dalam majlis tersebut.

Aretha Franklin turut sama akan hadir dan beliau dikatakan akan menyanyikan sebuah lagu di tepi kubur Michael selepas upacara pengebumianya selesai.

Setakat ini tidak banyak informasi yang didedahkan mengenai apa yang akan berlaku semasa upacara pengebumian Michael berlangsung. Bagaimanapun menurut sebuah laman web, Gladys Knight juga dikatakan akan turut menanyi.

Difahamkan, keranda Michael akan disaluti dengan konkrit yang tebal bertujuan untuk menghalangnya daripada dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Harta pusaka Michael yang kini sedang diuruskan oleh dua orang peguamnya akan digunakan untuk menanggung perbelanjaan majlis pegebumian tersebut.

Dalam pada itu, pihak pendakwa raya telah meminda sijil kematian Michael dengan mengatakan kematiannya berpunca akibat kes bunuh atau homosid.

Sebab kematiannya ditulis sebagai 'suntikan intraverna oleh seseorang'.

Michael Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun.

Antara selebriti yang dikebumikan ditempat itu termasuklah ikon Walt Disney, penyanyi Sam Cooke, Sammy Davis Jr. dan Nat 'King' Cole, selain itu ikon Hollywood lain termasuklah Humphrey Bogart, Errol Flynn, Jimmy Stewart dan Clark Gable.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: