"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Persoalan-persoalan berhubung keperluan muktamar luar biasa PAS / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Haris Zalkapli

Adakah memanggil muktamar itu jalan terbaik untuk menyelesaikan apa yang dilihat sebagai masalah yang dihadapi PAS pada waktu ini?

Benarkah apa yang dikatakan masalah itu masalah sebenarnya yang melanda PAS sehingga perlu diselesaikan segera dengan cara muktamar luar biasa, atau perbezaan dua aliran dalam persaingan mendapatkan kuasa?

Adakah yang dilihat sebagai masalah PAS itu satu masalah yang besar – seperti dialami MCA – sehingga memerlukan muktamar khas? Dan sekiranya muktamar itu dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat, apakah matlamat itu dan adakah dengan tercapainya matlamat itu, masalah PAS akan selesai, contohnya dapat menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan lebih yakin?

Bagaimana dengan penilaian faedah yang bakal diperolehi melalui muktamar khas itu, dan mudarat yang bakal dielakkan atau bakal dihadapi kesan daripada proses itu? (Dan siapa pula yang bakal menerima faedah dan menanggung mudarat itu nanti?)

Bagaimana dengan peranan dan kedudukan Muktamar Tahunan yang telah memilih presiden dan timbalan presiden?

Bagaimanakah kedudukan mursyidul am dalam PAS, memandangkan peranan yang telah dimainkan oleh mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini? Bagaimana dengan kedudukan beliau dari sudut Majlis Syura dan pembuatan keputusan besar secara kolektif?

http://politikpop.blogspot.com/

Tiada ulasan: