"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor lepas tangan ‘cabut’ nyawa wanita dan bayi baru lahir, rupanya hospital beroperasi secara haram

mStar

SEORANG wanita dan bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia selepas menjalani proses bersalin di sebuah hospital swasta pada Selasa.

Apa yang mengejutkan, hospital tersebut dipercayai beroperasi secara haram berikutan telah disita sejak tahun lalu.

Berdasarkan laporan, tragedi menyayat hati di Hospital Indrajeet, Ratanpura, India itu terbongkar selepas suami mangsa membuat aduan berhubung rawatan diterima isterinya.

Ajit Rajbhar mendakwa isterinya, Sarita dibawa ke hospital tersebut pada 8 September atas nasihat seorang petugas kesihatan sosial bertauliah (ASHA).

Dakwanya lagi, seorang doktor dikenali sebagai Dr Himanshu Yadav memaklumkan keadaan Sarita serius dan mencadangkan supaya pembedahan dilakukan.

Bagaimanapun, bayi mereka dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan manakala Sarita pula mengalami pendarahan berterusan.

Ajit mendakwa kakitangan hospital kemudian enggan meneruskan rawatan terhadap isterinya meskipun keadaan wanita itu semakin parah.

Sakit sendi yang teruk? Buat ini sebaik anda bangun tidur

Cemas dengan situasi yang terjadi, dia kemudiannya membawa mangsa ke sebuah hospital swasta di Mau sebelum wanita berkenaan dirujuk ke Varanasi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik sahaja tiba di sebuah hospital swasta di Varanasi.

Ketua Pegawai Perubatan, Dr Pankaj Rai berkata, Hospital Indrajeet sebenarnya telah disita pada 2025 atas arahan majistret daerah.

Malah hasil pemeriksaan mendapati, kunci pada pintu masuk utama hospital masih berada dalam keadaan baik, namun premis berkenaan dipercayai terus beroperasi menerusi laluan yang dibuka di bahagian belakang bangunan.

Susulan kejadian itu, jabatan kesihatan dengan kerjasama majistret daerah kecil bertindak menyita hospital tersebut sekali lagi.

Aduan turut dibuat terhadap pengendali hospital dan tindakan sedang diambil bagi membolehkan laporan maklumat pertama (FIR) didaftarkan.

Ubat semula jadi yang menghilangkan sakit lutut dalam 24 jam!

Pihak pentadbiran kini menyiasat bagaimana rawatan masih boleh dijalankan di hospital berkenaan walaupun premis itu telah disita sejak tahun lalu. -Agensi

Lempar serbuk cili sebagai senjata rompakan, lelaki larikan RM19,000

Agensi
SUSPEK melempar serbuk cili ke arah kakitangan bank sebelum melarikan wang dalam kejadian di Bhande Plot. FOTO Agensi.
SUSPEK melempar serbuk cili ke arah kakitangan bank sebelum melarikan wang dalam kejadian di Bhande Plot. FOTO Agensi.
Nagpur, India: Seorang lelaki nekad melempar serbuk cili ke arah kakitangan bank sebelum melarikan wang tunai 4.53 lakh rupee India (kira-kira RM19,000) dalam kejadian di Bhande Plot, di sini.

Memetik laporan The Times of India, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan kini tular di media sosial.

Ketika kejadian, pegawai dan pekerja bank mengeluarkan wang tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) sebelum memasuki cawangan berkenaan.

Suspek menghampiri mereka dari arah belakang sebelum melemparkan serbuk cili ke arah kakitangan terbabit lalu merampas wang tunai dan melarikan diri.

Serangan mengejut itu menyebabkan suasana panik dalam kalangan pekerja bank yang menjerit meminta bantuan sebelum mengejar suspek.

Anggota peronda yang sedang bertugas bersama pasukan Pengesanan Jenayah (DB) menyedari kekecohan itu sebelum mengejar suspek.

Polis berjaya menahan lelaki berusia 28 tahun itu pada Khamis dan merampas semula wang tunai yang dilarikan.

Suspek dikenali sebagai Suraj Borkar, penduduk Tatoli di Bhivapur, daerah Nagpur.

Rakaman CCTV turut memaparkan suspek memakai kurta dan menutup muka dengan kain putih sebelum melemparkan serbuk cili ke arah kakitangan bank dan kemudian melarikan wang tunai berkenaan.
-hmetro