"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan polis: Editor Suara Keadilan dipanggil

Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya jam 2 petang hari ini berhubung laporan polis yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar tersebut Isnin lalu.

Dzulkarnain berkata beliau telah dihubungi oleh ASP Rejaliak Angong pada jam 5 petang semalam, meminta beliau hadir memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, beliau akan membawa bersama peguam dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

"Ini adalah satu bentuk tekanan daripada KDN dan kita bersedia menghadapinya demi mendapatkan hak permit penerbitan akhbar kami," katanya dalam lamanweb Suara Keadilan.

Tiada ulasan: