"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terima kasih PM 1Malaysia!

Kamarudin Sidek
Satu berita malang bagi rakyat Malaysia apabila PM dengan bangganya mengisytiharkan kenaikan minyak petrol, diesel, gas dan gula.

Sebelum ini beliau kata : sebelum kerajaan ambil apa - apa keputusan, kita akan dengar dulu pandangan pelbagai pihak termasuk rakyat.

Soalannya apa keputusan pandangan daripada pelbagai pihak? adakah mereka setuju dengan kenaikan ini? atau mereka ada beri cadangan lain?

Saya lihat keputusan ini datang daripada sebelah pihak aja, bahkan tak dibincangkan pun dulu dalam persidangan parlimen.

Rakyat rata - rata tak setuju, walau apa pun alasan yang Najib berikan. Bebanan semua lapisan rakyat akan terasa kecuali ahli Umno mungkin mereka tak makan gula tapi makan pasir.

Mana mungkin rakyat nak bersetuju harga barang keperluan harian naik, tapi gaji dan elaun kakitangan kerajaan dan swasta tidak berganjak masih ditakuk lama.

Najib cuba nak perbodohkan rakyat dengan kenaikan hanya 5 sen sahaja. Sepatutnya beri tahu pada kita berapa duit kita habis setiap bulan dan tahun hasil tindakan kerajaan satu Malaysia.

Apa cerita kerajaan dah tak nak beri subsidi lagi kepada rakyat? Buat apa jadi bapa lagi, kalau tak sanggup beri makan pada anak.

Sebenarnya saya nak beri tahu anda, kerajaan BN dah tak mampu lagi nak uruskan negara Malaysia.

Tiada ulasan: