"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demi Masa Depan Melayu atau UMNO????

kopiahijau
Sejak akhir-akhir ini isu perpaduan Melayu kembali dicanang oleh media haprak. Dikala ada seorang menteri mengatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat kini isu kenapa perlunya PAS menyambut tangan UMNO kembali bergema walaupun sudah acapkali diperjelaskan oleh YAB Presiden PAS.

Kenapa pula masa ini semakin galak UMNO menghidupkan isu ini.! Benarkan demi masa depan orang Melayu atau demi masa depan UMNO? Masih ingatkah lagi apa yang dilakukan oleh UMNO pada AsSyahid Ustaz Ibrahim Libya, masih ingatkah lagi bilamana kerajaan Kelantan jatuh ketangan PAS segala sumber disekat hatta royalti minyak pun disekat, begitu juga diTerengganu. Masih ingatkah kita bila kerajaan menyekat peruntukan untuk sekolah agama rakyat ? Ini sebahagian dari yang tercatat dalam lipatan sejarah apa yang UMNO buat pada negeri dibawah pimpinan orang Melayu Islam.

Masa kuat habis semua dihentamnya..masa dalam keadaan tenat baru nak tunjukkan keinsafan atas nama masa depan Melayu. Bagi rakayat Malaysia yang tidak buka mindanya sudah barang tentu akan menelan bulat-bulat apa yang sedang diperkatakan ini.

Bagi saya apa yang UMNO buat sekarang hanya untuk menagih simpati bagi meneruskan cengkaman. Jika UMNO benar-benar ikhlas nak bela bangsa Melayu pastikanlah Islam yang memimpin bukan dipimpin. Lihat budaya hiburan dikalangan artis Melayu masa kini..mana pemimpin UMNO yang sayangkan bangsanya berani menegur . Kalau benda kecil seperti ini pun tak dapat dibela maka masih boleh diharapkan pada UMNO.

Apa yang dibuat oeh UMNO selama ini sepanjang 52 tahun dalam memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Adakan cukup sekadar buat masjid?. Kes Liwat DSAI dengan jelas telah menjatuhkan aib seorang pemimpin Melayu direstui oleh majoriti pemimpin UMNO.

Oleh itu sebelum UMNO atau penyokong UMNO dok sibuk nak pujuk PAS berdamai..cermin-cerminlah diri apa yang dibuat oleh mereka untuk menjamin masa depan orang Melayu..Banyak kes yang meruntun hati dan perasaan orang Melayu masih dalam ingatan seperti kes KERPAN di Kedah yang akhirnya tiada apa yang dapat dibanggakan oleh orang Melayu. Begitu juga dengan isu terkini berhubung dengan Kampung Baru. Siapa yang akan dapat untung.

Bagi orang Melayu yang masih lagi mengakui hanya UMNO sahaja yang mampu memberi kesejahteraan tolonglah berfikir dua kali . Sikap kepura-puraan mereka semakin terserlah.

Mereka boleh bekerjamasa dengan MIC dan MCA. tetapi bila PAS bekerjasama dengan DAP serta menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yag terdiri dari golongan bukan Melayu maka keresahan terhadap penerimaan orang bukan Melayu terhadap PAS menjadikan UMNO kini tidak mesra bukan Melayu.

Masa depan Melayu bukan terletak pada UMNO tetapi lebih kepada pemimpin yang mampu memikul amanah rakyat tak kira dari parti mana sekalipun. Kepada seluruh pimpinan PR hati-hati dengan isu ini dan kepada pendokong PR pula marilah kita doakan agar pimpinan kita diberi kekuatan agar sentiasa bijak dalam membuat keputusan serta dijauhkan dari fitnah jahat dari mainan pro APCO.

Sekian Wallahualam

Tiada ulasan: