"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Titanic, siapa yang nak tumpang?

Anak Sengat
Najib pun dah bersuara, tapi suaranye serak parau bila sentuh perpaduan PAS dan Umno. Walaupun kata Umno tak perlukan PAS tapi nadanya macam orang lapar yang kata tak nak makan bila di tanya tuan rumah.

Tapi sayangnya tuan rumah ni memang tak teringin nak jamu makan pun. Dan bukan tuan rumah yang tanya nak makan ke tak, tapi tetamu yang bagi tau " kalau nak jamu makan, elok juge......" muke tak malu...!

Isu penyatuan Umno hanya timbul setiap kali Umno nak lemas. Bak kata TG Presiden "Buat apa nak naik kapal yang nak karam sedangkan kapal kita elok".

Setelah Umno berhempas pulas mengkritik dan menyerang PAS hingga kata PAS sesat, akhirnya Umno mengaku akan kekuatan PAS hingga mempelawa PAS bersama mereka.

Pelawaan Umno ini petanda Umno sangat terdesak mendapatkan sokongan melayu. Macam cerita Serbia di Bosnia...setelah merompak rumah orang ajak orang tu berkawan.

Seperti kata Ustaz Nasarudin Tantawi dalam ceramah di Tambun baru baru ni... boleh bincang untuk bersatu kalau beberapa pra syarat dipenuhi. Syarat pertama Umno kena ikut Islam... kedua royalti minyak kena pulang,...kerajaan Perak kena pulangkan atau bubar DUN.

Syarat pertama katanya "macam kata TG Nik Aziz... kalau Umno laksana Islam PAS boleh bubar dan masuk Umno... Tapi kalau Umno dah laksana Islam lebih baik Umno yang masuk PAS, tak payah nak pinda apa apa."

Memang tak patut kalau kapal orang dah bocor dan nak karam ajak orang dalam kapal yang sedang laju berlayar naik kapal dia...gila apa?

Sebodoh manapun manusia itu takkan mahu menumpang Titanic yang nampak mewah setelah kapal itu nak karam. Biarlah kapal Umno tenggelam dengan kati katinya.... keris pula boleh jadi sebagai nisan. Ok tak?

Tiada ulasan: