"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Benarkah negara kita aman dan selamat?

Aspan Alias

Betul kah apa yang kita anggapkan negara kita adalah negara yang selamat? Setakat ini belum ada sesiapa yang memberikan definasi ‘selamat’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Saya bertanya soalan ini kerana saya belum yakin yang kehidupan kita sudah selamat sebagaimana yang dikatakan dan diakui oleh pemimpin-pemimpin kita.

Setiap hatri kita mendengar diTV dan membaca diakbar-akhbar disana sini ada sahaja manusia di bunuh dan mayat pembunuhan itu dicampak kedalam lubang tahi dan kolam serta kedalam bekas lombong.bijih. Setengahnya dibuang didalam semak dan sebagainya.

Setakat ini hanya stu kejadian mayat mangsa pembunuhan diletupkan dengan bahan peletup C4 disekitar Shah Alam, Selangor yang menyebabkan dua orang anggota polis digantung sampai mati.

Sampai kehari ini masih belum kita ketahui kenapa dan motif dua orang anggota keselamatan negara itu membunuh kerana pihak pendakwaraya tidak pernah bertanya kenapa mereka bertindak membunuh didalam perbicaraan kes itu. Kenapa pihak pendakwaraya tidak bertanya motif pembunuhan itu telah banyak menimbulkan spekulasi dalam pemikiran rakyat.

Selain dari itu disana sini kita dengar rumah dipecah masuk oleh penyamun dan perompak dan pihak polis masih belum dapat mencari penyelesaian terhadap kes-kes rompakkan yang begitu banyak dinegara kita ini.

Sekarang ini orang ramai tidak digalakkan anak-anak kecil untuk bermain kesaorangan ditaman-taman kerana ramai pasangan suami isteri telah hilang anak-anak mereka yang masih kecil dan tidak dijumpai lagi, malah ada yang dijumpai sesudah dibunuh dengan zalim oleh entah siapa.

Harta benda yang dicuri oleh pencuri dan penyamun bukannya sedikit nilainya.

Harta benda kita yang ada dalam kawalan kerajaan pun banyak yang dicuri oleh penyamun-penyamun dalaman. Harta rakyat dicuri oleh orang yang berkuasa hilang ribuaan jutaan ringgit dan tidak siapa dapat mengawalnya.

Ini adalah disebabkan orang-orang yang diamanahkan untuk mengawal itu sendiri berusaha untuk mencuri dengan memperdayakan rakyat dengan berbagai-bagai cara, seperti menaikkan harga belian untuk keperluan kerajaan ketahap yang berlipat kali ganda untuk dikembalikan sebahagiannya kepada pemimpin kita sebagai kamsen besar yang tidak bertanggungjawab itu

Berbillion billion ringgit wang kita semua telah dicuri dengan cara ini dan wang ini digunakan untuk kekayaan ahli-ahli keluarga mereka dan sebahaginnya diasingkan untuk membeli undi untuk meneruskan kegiatan rasuah mereka.

Pemimpin-pemimpin ini akan menyeru rakyat untuk menyokong mereka diatas nama kesinambongan membangunkan negara. Apabila kembali berkuasa mereka yang sama akan memulakan proses mencuri ini dan akan sentiasa menuduh pihak lain yang cemburu dan memakan wang dan harta rakyat tanpa perasaan bersalah.

Pemimpin-pemimpin kita tidak mampu untuk mendidik rakyat yang rasuah itu merupakan kerja hina dan tidak mahu menerima yang rasuah itu merupakan musuh nombor satu dunia yang telah menghancurkan banyak negara dan temaddunnya.

Rakyat kecewa kerana pihak yang berkuasa tidak ada kudrat untuk membawa kemuka pengadilan bagi mereka yang telah disiasat kerana masing-masing hanya menjaga kudis masing-masing.

Apabila rakyat menunjukkan reaksi yang negatif, maka parti pembangkang pula yang menjadi mangsa kritikkan pihak pemimpin-pemimpin ini. Inilah caranya mereka hendak berlindung dari tompokkan kurap-kurap yang ada pada diri mereka.

Pemimpin bertengahan dan bawahan tidak berani melakukan tindakkan kerana mereka juga ada tompokkan kurap itu.

Penyakit kurap itu apa dia?

Saya lahir disebuah kampong pedalaman 58 tahun dahulu dan hidup semasa kecil dan membesar dikampong. Semasa itu penyakit yang lazim dihinggapi oleh orang-orang kampong ialah penyakit kurap.

Kurap itu selalunya hinggap dibelakang badan dan dipunggung dan ianya dikatakan sangat gatal dan pedih.

Yang paling ditakuti oleh orang yang mengidap penyakit kurap ini ialah tiupan angin. Jika agin bertiup kearah belakang kita orang yang berkurap ini akan merasa pedih dan sakit dan mereka akan cepat-cepat mengadap angina yang bertiup itu dan melindungi kurap dibelakangnya itu kena kepada kurapnya.

Itulah sebabnya mereka yang ada kurap sentiasa mengadap kepada tiupan angina supaya kurapnya tidak kena pada angin yang bertiup itu.

Nampaknya ramai pemimpin kita semuanya takut kepada pihak yang lebih berkuasa dan sentiasa mengadap yang berkuasa itu kerana mereka itu banyak kurapnya.

Itulah sebabnya orang rasuah sentiasa mengadap angin yang beritup. Dimana bertiupnya angin disitulah mereka mengadap; takut kurap mereka itu akan ditiup angin.

Maka sampai bila pun mereka tidak akan mampu untuk berubah kerana kalau mereka cuba untuk membawa perubahan, angin akan bertiup kearah kurap-kurap mereka dan mereka akan merasakan kesakitan itu.

Itulah sebabnya kali ini ramai berharap supaya pemimpin yang akan dikedepankan nanti terdiri dari mereka yang tidak ada kurap pada dirinya supaya mereka tidak payah menentukan ‘kiblat’ politiknya mengikut tiupan angin..

Selagi tidak ada kekuatan rakyat untuk melakukan perubahan, selagi itulah negara kita tidak akan selamat.

Doa kita selama ini untuk mendapatkan sebuah negara yang berkerajaan dan berdemokrasi telah dikabulkan tuhan, tetapi hajat kita untuk kembali duduk dalam negara yang aman dan selamat serta mempunyai pemimpin yang bersih dan telus belum lagi kesampaian.

Tiada ulasan: