"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan guna hujah agama! Habis guna hujah Atheis?

Ustaz Saiful Bahri

Acap kali bila melibatkan isu agama, UMNO gagal untuk berhujah. Beberapa isu yang cuba diketengahkan, akhirnya mereka kantoi. Kini mereka melarang daripada menggunakan hujah agama. Betapa lawak betullah puak-puak ini.

UMNO ni memangnya OKU. Bukannya (Orang Kuat UMNO) tetapi memang Orang Kurang Upaya. Tidak boleh berdiri atas jasanya sendiri. Dok fitnah orang dok nak bergantung kepada kain orang. Guna media kerajaan yang orang Pas juga sebagai pembayar cukai.

Pas kalau berlawan dengan UMNO dan petugas UMNO, dah lama dah menang. Tetapi kita berlawan dengan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri yang UMNO kuasai, pegawai dan kakitangan yang diperalatkan, Majlis perbandaran dan majlis daerah, Kemas, Polis, SPR, Kementrian, agensi-agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Ketengah dan lain-lain.

Hari ini banyak urat dan nadi mereka putus khususnya dibeberapa buah negeri yang dirampas oleh PR menyebabkan mereka seolah hilang punca. Apa yang disifatkan suasana kritikal itu bukannya politik melayu tetapi politik UMNO. UMNOlah yang tenggelam punca. Seruan bersatu itu bukan untuk kepentingan ummah tetapi untuk kepentingan dan kekuasaan UMNO yang berasaskan kemelayuan sempit mereka. Selama mereka berkuasa, tidakkah UMNO yang mengikis kuasa raja-raja melayu selama ini. Kenapa hari ini mereka pulak berlindung disebalik Istana. Adakah UMNO tidak berupaya untuk pertahankan politik mereka sendiri. Ini dah teruk pada karpal Singh yang berkerusi roda tu.

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Para pemimpin Islam sepatutnya tidak menggunakan hujah-hujah yang berasaskan agama untuk tujuan politik. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata, peringatan daripada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah perlu dijadikan iktibar kepada semua pemimpin Islam untuk kepentingan ummah.

''Kenyataan baginda sangat tepat kerana apabila berhujah, seseorang pemimpin itu perlu memastikan bahawa hujah tersebut berasaskan fakta dan untuk kepentingan umum. ''Justeru, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam di negara ini supaya bersatu serta mengutamakan kepentingan ummah dan bukannya kepentingan parti politik masing-masing,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Raja Dr. Nazrin Shah semalam menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, titah baginda itu perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Katanya, politik mestilah berasaskan prinsip iaitu untuk mendaulatkan agama, membela bangsa dan membina negara.

Ahmad Maslan menganjurkan ada prinsip dalam politik. Bila pulak UMNO ada prinsip? Sejak bila prinsip UMNO mendaulatkan ugama? Bila UMNO membela bangsa? Bila pulak UMNO membina Negara. 53 tahun merdeka, UMNO gagal memurnikan prinsip yang didakwa itu. Agama disisih, bangsa digadai dan Negara dijual.

Pelik juga, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan supaya jangan menggunakan hujah agama untuk tujuan politik? Dari mana pulak dia ni belajar? Memanglah puak sekular mereka menggunakan hanya hujah logik dan akal. Politik Machievelli dan adu domba. Mereka guna Islam yang hadhari dan tak guna Islam yang badawi kononnya?

Tiada manusia yang hidup tanpa politik. Manusia sebagai hayawanun as-siasi, hayawanun ijtima’e, hayawanun iqtisadi…. (Manusia yang berpolitik, manusia yang bermasyarakat, manusia yang berekonomi dll). Orang mati sahaja yang tak berpolitik. Orang bodoh dan orang gila pun ada politik mereka. Apatah lagi tahap binatang pun ada politik dan kepimpinan mereka. Cuma dalam Islam konsepnya adalah menggantikan kepimpinan Rasulullah Saw setelah wafat baginda untuk menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama Islam tersebut. Mereka disuruh berhujjah dengan al-quran maupun hadis serta Ijma’ dan qias. Islam melarang taqlid buta terhadap pemimpin mereka semata-mata. Mengikut dengan jahil dan membuta-tuli.

Tiada ulasan: