"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bina Kilang Anggota Palsu di Gaza, Selangor Tekad Bantu Warga Palestin

Nurshakira Buang
SHAH ALAM 4 SEPT:
Kerajaan Selangor komited untuk membantu rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus-terusan dizalimi regim Israel Zionis.

Ini termasuk mengadakan kerjasama termasuk membina kilang anggota tubuh palsu, selain membantu hospital, jalan raya dan sekolah, malah turut mengambil beberapa institusi lain sebagai anak angkat.

Demikian kata Pengarah Penerangan Selangor, Badrul Amin Bahron yang masih menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza.

Badrul Amin berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sahur Perdana Selangor di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam yang dihadiri sekitar 6,000 orang.

Beliau juga sempat menceritakan pengalamannya sepanjang berada di bumi Gaza.

"Kita ada komitmen untuk membantu hospital, jalan raya, sekolah. Kita ada mengambil sekolah angkat dan masjid angkat di Gaza bagi memulihkan semangat mereka di sana.

"Kita juga komited untuk membina kilang kaki palsu dan anggota palsu kerana banyak tidak berkaki, banyak tidak bertangan. Mereka minta bawa ke Malaysia tetapi kita kata elok kita buat kilang di Gaza," katanya.

Menurut Badrul, penganjuran program rakyat Palestin ini akan diteruskan pada masa depan dengan kerjasama sukarelawan.

Malah, satu konvoi anjuran pihak Turki dijangka disertai mereka Oktober ini yang turut disertai ulama tersohor dunia, Syeikh Yusof Qardawi, bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.

"Bulan depan konvoi kapal akan diadakan sekali lagi daripada Turki. Kali ini bukan 10 kapal tetapi beratus-ratus kapal. Saya difahamkan, salah satu kapal itu akan dinaiki Syeikh Yusof al-Qardawi," katanya.

Tiada ulasan: