"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Exco Kedah koma terbabit kemalangan

Shubihi Muhamad Zain
SUNGAI PETANI, 3 Sept:
Dua anak lelaki kepada Exco kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Jeniang, petang semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kedua-dua beradik yang menaiki kereta Perodua Kelisa bersama dua lagi rakan mereka dalam perjalanan pulang dari Sik ke rumah mereka di Sungai Petani.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dinaiki mereka terbabas di sebuah selekoh berhampiran Pekan Jeniang ketika cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua beradik yang tidak sedarkan diri dan kritikal itu terpaksa dikejarkan ke HSAH dan dimasukkan ke ICU, manakala rakan-rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Sik.

Dr Hamdan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan ketika ditemui berkata, salah seorang dari anaknya itu masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menjalani dua kali pembedahan.

Tiada ulasan: