"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan

Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 3 Sept: Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.

“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.

Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.

“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”

Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.

Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: