"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mangsa ditahan belum ada pertuduhan

Salman Hussin
BATU PAHAT, 1 Sept:
Kesemua tujuh yang ditahan polis dalam operasi menggempur ceramah Pakatan Rakyat di Kompleks Tarbiah PAS Batu Pahat di Rengit, dekat sini, 31 Julai lalu, masih belum dikenakan sebarang dakwaan.

Demikian dinyatakan peguam Hassan Karim ketika ditemui di Mahkamah Majistret, dekat sini, pagi ini.

Menurut beliau, semakan yang dibuat pihaknya di mahkamah dan pihak polis mendapati masih tiada sebarang pertuduhan ke atas kesemua mangsa yang terbabit dibuat setakat ini.

“Saya dah berjumpa dengan pegawai penyiasat polis dan mahkamah dan mereka mengesahkan bahawa setakat ini tiada sebarang pertuduhan ke atas kesemua mangsa terbabit.

“Mereka juga memaklumkan kepada saya pihaknya akan diberitahu jika ada pertuduhan dikenakan ke atas mereka,” jelas beliau lagi.

Mereka telah ditahan polis ketika operasi menggempur ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat, Pusat dan negeri.

Tiada ulasan: