"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah Zam: PAS lapor polis

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 2 Sept: De
wan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib di sini kira-kira jam 3 petang ini.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.

Tiada ulasan: