"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya penerbit dan pencetak kena penghakiman ingkar - PKR

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Felda hanya memperolehi penghakiman ingkar dari penerbit dan pencetak Suara Keadilan sahaja iaitu Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd.
Kedua-dua defendan dalam proses memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu, kata Ketua Penerangan PKR yang juga peguam, Latheefa Koya.

"Tidak ada penghakiman engkar ke atas empat pihak yang mewakilan Keadilan iaitu Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Ketua Pengarang Dzulkarnain Taib dan wartawan Rusnizam Mahat.

"Kesemua mereka telah memfailkan penyataan pembelaan diri melalui peguam Edwin Lim, Suren and Soh," kata Latheefa dalam satu satu kenyataannya hari ini.

Kenyataan ini dibuat ekoran laporan media Felda mendapat penghakiman ingkar terhadap Suara Keadilan.

Media hari ini melaporkan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperoleh penghakiman ingkar berikutan kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan - Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetakan NPK Sdn Bhd memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta.

Saman itu adalah kerana penyiaran artikel fitnah bertajuk Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Ketika membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar berkenaan, hakim Sabariah berkata kos perbicaraan akan ditaksirkan kemudian.

Tiada ulasan: