"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jeyakumar Fail Saman Kerajaan (BN)


Kuala Lumpur, 29 Okt: Ahli Parlimen Sg. Siput, Jeyakumar Devaraj hari ini menfailkan saman kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional menuntut peruntukan yang sepatutnya diterima semua ahli parlimen tidak kira pembangkang.
Menurut beliau ahli-ahli parlimen pembangkang tidak pernah mendapat dana peruntukan dijanjikan sejak 25 tahun lalu.

"Bila saya semak ahli pembangkang, mereka tidak pernah dapat walaupun skim tersebut diperuntukkan sejak tahun 1975. Semua pergi kepada BN," ujar beliau diperkarangan mahkamah Jalan Duta.

Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dana kerajaan disalurkan kepada semua ahli parlimen seluruh kawasan secara saksama.
Jeyakumar berkata, permohonan dana telah dibuat kepada kerajaan untuk pembangunan Sg. Siput sejak 2008.

Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri  menerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Perak telah memberi peruntukan berjumlah RM2.67 juta dari tahun 2008 hingga 2010 untuk kebajikan masyarakat di kawasan itu namun tidak sampai ke tangan beliau.

"Bila saya semak di asrama anak yatim dan sekolah mereka kata tidak pernah dapat. Jadi kemana pergi dana ini. Jawapan ini begitu kabur. Ada kemungkinan pihak tertentu makan duit rakyat," jelas beliau.

Disamping itu beliau turut mencadangkan agar senarai penuh peruntukkan kerajaan diberikan agar dana dapat disemak memastikan untuk memastikan ketelusan.

Dalam failnya beliau turut menuntut respondan menyatakan projek dan aktiviti yang dilaksanakan badan kerajaan.

Tiada ulasan: