"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peguam Tharmendran "DiGanggu" TUDM

NONEKUALA LUMPUR, 29 Oktober: Peguam Tharmendran,  N. Surendren menggesa Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi  menarik semula surat yang diserahkan kepada beliau  oleh pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Surat itu memberi amaran bahawa TUDM mungkin bertindak terhadap Surendran kerana  melindungi anak guamnya itu yang gagal melaporkan diri untuk bertugas dengan TUDM. 

TUDM sebelum ini mendakwa Thamendran tidak menamatkan perkhidmatannya pada 25 Mei 2010 seperti yang dinyatakan dan kontrak perkhidmatannya akan hanya tamat pada 28 Mei 2011.

Surendren yang dihubungi TV Selangor berkata, tindakan TUDM itu merupakan satu campurtangan serius dalam urusan peguam selain menghindari beliau menjalankan tugas berlandaskan undang-undang membela anak guamnya.

"Sudah menjadi satu keadaan yang amat serius, maknannya TUDM cuba mengenakan intimidasi ke atas seorang ahli peguam Malaysia untuk mengelakkan saya daripada melakukan tugas," jelas beliau.

Pagi tadi, Surendren dikerumuni anggota TUDM  selepas selesai menghadiri sesi soal balas mahkamah berhubung kes kehilangan enjin jet F5-E milik TUDM memaksa beliau menerima surat tetapi ditolak beliau.

Anak guamnya bekas sarjan TUDM, N. Tahrmendran mendedahkan kepada mahkamah beliau diseksa oleh Major Ismail Omar dan Major Norazan Mohd Amin yang memaksanya membuat pengakuan mencuri enjin jet berkenaan.
Menurut Surendren, beliau percaya tindakan ini didalangi oleh pemimpin tertinggi TUDM yang cuba untuk menjadikan N. Tahrmendran sebagai "kambing hitam".

"Sekarang ini saya percaya adalah satu cubaan untuk menutup mulut dan untuk menghindarkan saya melakukan sedaya-upaya untuk anak guam saya di mahkamah. Saya juga percaya ini adalah usaha untuk menakutkan anak guam saya, bekas Sarjan Thamendren daripada terus mendedahkan apa yang berlaku," tegas beliau lagi.

Surendren menambah ini merupakan tindakan menghina mahkamah termasuk kehadiran anggota-anggota TUDM umpama samseng  memperlihatkan kegusaran terhadap kes yang disedang berlangsung.

Tharmendran dan pengarah syarikat K. Rajandran Prasad dituduh di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya berhubung kecurian dua enjin jet F5-E, 6 Januari lalu.

Beliau dituduh mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 lalu di pangkalan udara TUDM Subang manakala Rajandran dituduh melupuskan enjin berkenaan pada 30 April 2008 lalu.

Tiada ulasan: