Di Negeri Terengganu kini kebanyakan kos projek mengundang keresahan rakyat. Apa tidaknya.
"Saya tak faham" kata YB Dr Alias Abdul Razak, ADUN Bukit Tunggal. Apa dia yang membuat beliau tak faham. Dengar cerita, kos baiki stadium Sultan Mizan yang runtuh itu menelan sebanyak RM 101 juta lagi pelik kerana sebelum telah dinyatakan kosnya hanya RM 50 juta saja.
Yalah, Dulu Datuk Seri Ahmad said, menteri besar Terengganu isytihar, sebanyak RM 20 juta upah bersih stadium Sultan Mizan yang runtuh itu.RM 50 juta kos baikinya. Bermakna hanya RM 70 juta saja. Bagaimana angkanya berubah menjadi RM 101 juta sedangkan upah bersih free?
Dalam dua tiga hari ini, bersih runtuhan stadium itu free. Pelik juga ya. Macam main silap mata dalam membelanjakan wang rakyat.
Begitulah main silap mata kerajaan yang diterajui oleh Ahmad Said yang dikatakan telah mewarisi kepimpinan Datuk Seri Idris Jusoh yang rakus mengisi saku setelah di beri amanah menerajui Terengganu selama satu penggal itu.
Dalam masa sebulan dua lepas, Ahmad Said telah membuat perisytiharan membina jambatan lipat dari Shah Bandar ke Seberang Takir dengan kos RM 250 juta.
Kos itu murah berbanding dengan jambatan Jeram Hilir yang menghubungkan Jeram hulu yang berharga RM 210 juta dan Jalan Kampung dari Jeram hilir ke Tesluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter yang berharga RM 200 juta.
Sebelum ini Ahmad Said menisytiharkan sebuah jambatan dari losong Muzium menghubungkan bukit Datu disamping losong Muzium ke pulau sekati dan Teluk Pasu yang dikatakan sudah siap pembinaannya.
Munasabah apa yang disebut oleh Dr Alias Razak yang dia tak faham dengan pihak pemerintah sekarang ini.
Rasa saya inilah kaedah untuk menghabiskan wang royalty minyah sebanyak RM1.2 bilion setahun disamping membuat pelaburan yang berizsiko tinggi termasul memperuntukan sebanyak RM 400 juta pada kilang menghasilkan palet dan 'concentrate' besi Kemaman.
Kerajaan pernah rugi besar dan pernah serik dengan kes melabur pada Kilang PERWAJA dan menjamin pinjaman bank keatas kilang Gunawan steel di Gebeng Kuantan.
Barangkali ini, ada "undang disebalik batu" dalam membelanjakan wang rakyat melalui promok slogan menrakyatkan pembangunan dan pentadbiran sepertimana promok Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, rakyat di dahulukan dan pencaapaian diutamakan.
-tko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan