Saksi, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin hari ini memberi keterangannya di Jalan Tarian 11/2, di mana kereta yang dipandu oleh remaja itu terbabas dan berlanggar selepas dia ditembak oleh polis yang mengejarnya.
Pada keterangan hari ini, Zafrullah berkata dia ternampak seseorang - dipercayai Azamuddin Omar, 15, yang juga berada di kereta bersama si mati - yang berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2, kira-kira 25 khaki dari Iswara tersebut.
Zafrullah berdiri di bahagian belakang rumahnya yang kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan perlanggaran yang terletak kira-kira 30 meter jauhnya.
Zafrulah memberitahu mahkamah bahawa pintu pemandu dilihatnya terbuka tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pintu penumpang depan rosak ataupun terbuka.
Korporal Jenain Subi, 48, didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat pada kejadian antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.
Dakwaan itu membawa hukuman penjara 30 tahun jika didapati bersalah.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan