"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cium Tangan Hillary Clinton, Pulang Terus Sasau!!

Lan Iisma
Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Wakakaq! Wakakaq! (ada sebutan qalqalah sedikit) negara Islam diperakui Amerika.

Amerika guru tahap tertinggi Muhyiddin. Macam lanun diperakui baik oleh boss lanun. Aci ke? Lainlah kalau ulama besar Universiti Al-Azhar, Mesir mengakui begitu. Kalaulah ulama Madinah yang mengiktiraf begitu. Tak pun kalau Harussani benar-benar mendakwa begitu. Ini Hillary Clinton. Ah! Ah! Senak perut aku. Alahai... Muhyiddin, cari guru yang betul, baru betul jalannya.

Pergi ke Amerika, cium tangan Hillary Clinton, cium baunya, pulang sasau dan meraban tak tentu hala. Ah! pening! pening! Pemimpin negara tinggalan mazhab Hadhari Dollahiah. Wakakaq! Wakakaqqq, lagi jelas qalqalahnya.-/ Asal
-tranungkite-

Tiada ulasan: