"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Perak pun terpalit dengan Skim Cepat Kaya

amkns
Kenapa umat Islam di Malaysia ini mudah terpedaya, termasuk golongan ulama? Skim cepat kaya Dina Group bukan sahaja telah memperdaya orang Islam di Malaysia, malahan 5000 rakyat Brunei ditipu hampir $100 juta. Melabur sajalah di surau, masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan jiran tetangga yang memerlukan di sekeliling kita. 

DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI. Cerita penuh dihttp://menuntuthak.blogspot.com

Lihat gambar Pengasas Skim Cepat Kaya Dina , Harun Mat Saat di amkns.blogspot.com

MEREKA MINTA NASIHAT - MUFTI PERAK
Harian Metro 1 Jun 2011

KUALA LUMPUR: “Saya dilantik sebagai penasihat syarikat Dina Group Sdn Bhd hanya secara lisan dan tiada dokumen berkaitan atau hitam putih sebagai perakuan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, dia dilantik sebagai penasihat syarikat itu kira-kira empat tahun lalu selepas didatangi ahli lembaga syarikat berkenaan di pejabatnya. Menurutnya, penampilan dan kesungguhan ditunjukkan ahli lembaga pengarah syarikat itu menyebabkan beliau bersetuju dilantik sebagai penasihat.


ARTIS TERPALIT TARIK PELABUR

KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group). Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.


BERALAS TIMBUNAN DUIT

KUALA LUMPUR: “Saya bukan saja pernah membawa wang RM300,000 dalam beg plastik yang dibimbit menaiki kapal terbang untuk diagihkan kepada pelabur di Sarawak, malah tidur saya juga beralaskan duit RM50 dan RM100,” kata bekas pekerja Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) yang hanya mahu dikenali sebagai Johan. Menurut Johan, 28, yang berasal dari Kedah, sepanjang berkhidmat bersama pengasas Dina Group, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, yang kini diburu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil pelaburan haram lebih RM200 juta, dia tidak pernah melihat mereka memasukkan wang tunai yang diterima daripada pelabur ke dalam bank.


4,763 BRUNEIANS ALLEGEDLY SWINDLED OUT OF B$91.5M

Bandar Seri Begawan - Several victims of an alleged money investment scam are seeking assistance from the relevant authorities in Brunei and Malaysia to find a way of getting their money back as well as thousands of others whose investments run into a whopping B$91.5 million.

Tiada ulasan: