"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aziz Bari sanggah Haron Din, Subky Latiff

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1xhJUEQjZLIqx1ZMQCr8TSm7RI15BpnCuR1e-uhWRUG3UBTa8hl9FpJP434lY8zoRJPqqyKKGD5JFCLykOI7UNYGBYT2BQZCGfHVTP2Mji8jmDuGgOky3rSAa9dszgAhc0OqTOReYPa4i/s1600/aziz+bari.jpgPenganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari sekali lagi mengulangi bahawa jika PAS mahu meyakinkan rakyat khususnya menggantikan Umno, parti itu perlu jelas peranan dan kedudukan mereka.

Katanya, jika tidak mereka akan ditolak kerana rakyat tidak mahu parti yang keliru tentang kedudukan dan peranan mereka sebagai parti politik

“Semua ini menyentuh tentang sistem politik Malaysia, khususnya peranan dan fungsi parti politik,” kata beliau sambil menambah bahawa rakyat mahu parti politik yang akur kepada pembahagian kuasa, semak dan imbang.

“Bukan parti yang mahu membolot kuasa dan menyerahkan urusan negara kepada mereka yang tidak mahir dan tidak dipilih oleh rakyat,” kata beliau dalam respons kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan pemimpin veteran Subky Latif tentang keperluan ulama memimpin PAS yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga membuat kenyataan yang sama kelmarin.

Isu golongan ulama dan profesional timbul semula menjelang pemilihan parti itu esok.

Kata beliau, umumnya parti politik berperanan meyakinkan rakyat untuk memberi kuasa kepada mereka da mereka pula membuat dasar yang dilaksanakan oleh birokrasi atau perkhidmatan awam atau badan-badan tertentu yang lain.

“Dalam soal pelaksanaan Islam ini dilakukan oleh sebuah kerangka yang terdiri dari majlis agama, mufti, jabatan agama dan mahkamah syariah. Semua ini di bawah Raja-Raja Melayu.

“Jadi apa perlunya PAS mesti dipimpin oleh ulama untuk memastikan ia tidak lari dari al-Quran dan Sunah?” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang PAS perlukan ialah pemimpin yang faham ajaran Islam, berakhlak dan berkaliber.

“Mereka boleh dari mana-mana golongan, baik yang dikatakan ulama atau yang dilabel sebagai profesional atau Erdogan.

“Kita harus ingat ada kalangan ulama PAS yang belot dan masuk Umno seperti Datuk Othman Abdullah, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi. Ertinya tidak ada jaminan bahawa mereka yang berpendidikan agama semestinya baik dan jujur seperti yang didakwa di atas tadi,” katanya.

Dalam isu kerjasama dengan Umno sekarang jelas yang menjadi dalang ialah mereka dari kalangan ulama, kata pakar perlembagaan ini.

“Selain itu mereka yang dikatakan ulamak dalam PAS belum tentu ulama yang layak menjadi mufti. Ulama PAS mungkin yang terbaik dalam parti itu tetapi belum tentu yang terbaik dan dihormati di kalangan umat Islam,” katanya lagi.
Aziz menambah, dengan kata lain apa yang dikatakan ulama dalam PAS itu perlu dihalusi.

“Mereka tidak semestinya ulama dalam pengertian yang sebenar. Contohnya mereka mungkin berkelayakan dalam bidang bahasa Arab dan pengajian dakwah tetapi tidak mempunyai kelayakan yang lebih penting seperi bidang syariah atau perundangan Islam,” katanya lagi. 
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: