"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bot Bawa Pendatang Asing Karam, 11 Selamat, 18 Masih Hilang

KOTA TINGGI, 1 JUNDua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu telah diselamatkan oleh bot APMM manakala selebihnya oleh kapal dagang MV Huo Tuo yang berada di kawasan kejadian.


"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka merupakan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada Bernama hari ini.


Usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan, kata sumber itu.


Pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 orang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan, kata beliau.

-Bernama-

Tiada ulasan: