"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KEADILAN ambil tindakan undang-undang cabar kerajaan dedah perjanjian PPA


Keadilan akan memfailkan tuntutan ke mahkamah sekiranya kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan tidak mendedahkan butiran perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang ditandatangani dengan penjana kuasa bebas (IPP)
Bendahari Keadilan, William Leong berkata, Keadilan memberikan tempoh seminggu dari hari ini untuk pihak berkenaan berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
“Ini adalah tuntutan yang mewakili kepentingan seluruh rakyat Malaysia kerana kerajaan sepatutnya mengutamakan rakyat, bukannya syarikat swasta.
William bercadang  untuk mengadukan perkara itu bagi pemerhatian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.
“28 juta rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui butiran perjanjian. Kita ragu sekiranya syarikat2 tersebut mengambil kesempatan diatas kelemahan polisi tenaga kerajaan,’ katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution dan Naib Presiden, Tian Chua.

Tiada ulasan: