"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat ditemui atas siling rumah kosong

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemui di atas siling sebuah rumah yang kosong di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai terkena kejutan elektrik ketika cuba mencuri wayar elektrik di rumah itu yang kosong sejak pemiliknya berpindah sejak dua tahun lalu.

Pemilik rumah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah kembali melihat keadaan rumahnya itu hari ini.

"Apabila sampai kira-kira 10.30 pagi tadi, saya ternampak lelehan cecair seperti darah mengalir turun daripada siling rumah saya. Saya lalu memeriksanya dan terbau seperti benda terbakar.

"Saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu terus melaporkan kepada pondok polis berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
-Bernama-

Tiada ulasan: