"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Take me Out NTV7-Islam dihina lagi?

irama
Ini bukan ajaran Islam. Islam tak ajar umatnya cari jodoh cara ni.Ini cara jahiliah. hadiah bagi pemenang ialah keluar bersama pasangan yang dipilih. Rancangan ini tak sesuai disertai oleh orang islam. Rancangan ini melibatkan gadis islam memetik kenyataan Penerbit Kandungan Take Me Out, Sean Jesudasan seperti yang dilapurkan dalam akhbar yang berbunyi:
menurut Penerbit Kandungan Take Me Out, Sean Jesudasan, pihaknya tidak akan menyiarkan adegan-adegan yang dirasakan kurang sesuai membabitkan peserta beragama Islam bagi mengelakkan sebarang isu.

"Kami bukan sahaja akan memastikan setiap peserta mestilah masih bujang tetapi pada masa sama setiap peserta beragama Islam yang berjaya memenangi pertandingan itu visual mereka keluar bersama jejaka pilihan tidak akan disiarkan.

"Ia bagi mengelakkan persepsi negatif kerana bimbang ia akan menjadi isu apabila seorang wanita keluar berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim. Kami juga mempunyai lembaga penapis bagi menjaga isu itu.
Dia dah tahu keluar berdua- duaan antara bukan mahrim adalah salah disisi islam apalagi kalau keluar antara gadis islam dan lelaki bukan islam.tapi visualnya tak disiarkan kononnya nak elakkan persepsi negativ.sama ada siar tak siar ia tetap salah dan negativ. ini 'fatwa'baru ke dari Sean Jesudasan.

Dah tahu salah, nak buat juga, nampak sangat nak menghina islam.Lembaga penapis dah setuju ke? Pengurus Besar ntv7 dan 8TV, Airin Zainul setuju ke? dengan 'fatwa' Sean Jesudasan tersebut. Beginikah caranya nak jaga maruah umat islam? Tidakkah ini merupakan satu penghinaan terhadap umat islam dalam negara Islam yang dipimpin oleh orang Islam. Apa pandangan ustaz Jamil Khir dan ustazah Masyitah?

lapuran akhbar

Tiada ulasan: