"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puak BN tayang video xxx di ceramah awam - video ini buktinya

Blog Gendang Perang
Jika nak jimat masa elok mulakan dari minit 1.15 hinga ke akhir.. Sepatutnya sebagai orang dewasa yang mengaku Islam si penceramah lebih peka terhadap situasi ceramah. Ceramah biasanya didatangi oleh pelbagai lapisan umur.

Video sedemikian tidak wajar disiarkan di khalayak ramai walau atas apa alasan sekali pun.

Itulah caranya mereka berceramah dengan memaparkan video lucah palsu. Polis telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah palsu dan melarang penyebaranynya.

Malangnya si penceramah yang dipapar dalam video ini sedikit pun tidak rasa bersalah menyiarkan video tersebut malah dengan rasa banggga, angkuh dan riaknya.

Peliknya... tidak seorang pun makcik-makcik yang berasa malu menonton video tersebut. Tiada seorang pun bangun meninggalkan majlis sebagai tanda protes..

Gamaknya... malam tu bergasak sakan la laki bini yang menonton video tersebut ... wakaka

Sumber: wasukalu.com

Tiada ulasan: