"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Impian merepek Mahathir terhadap Proton

Ng Kee Seng
Kita hairan mengapa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 90 tahun, yang pernah memerintah selama 22 tahun berusaha bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan tak masuk akal.

Jika beliau bercakap soal politik kita fahamlah itu bidangnya, kerana dalam politik kita boleh menuturkan segala yang tak masuk akal.

Tetapi wajarkah beliau berkata Proton mampu menyaingi pesaing di bidang industri otomotif yang mempunyai 128 tahun pengalaman?
New Straits Times online pada 9 Julai memetik pengerusi Proton Holdings Bhd itu berkata harapan masih ada bagi pengeluar kereta nasional itu mencipta nama di bidang otomotif.

Mahathir, yang dilantik pengerusi dengan kuasa eksekutif pada Mei lalu, berkata Proton mengorak langkah melakukan program transformasi bagi meningkatkan kualiti produknya.

Beliau menjelaskan bahawa syarikat tersebut menghasilkan kereta buat pasaran dunia tanpa sebarang kecacatan, dan bakal meyaingi pesaing daripada Korea dan Jepun.

“Saya percaya Proton mampu menghasilkan kereta berkualiti yang lebih baik daripada keluaran Jepun dan Korea. Kereta kita selepas ini akan membuktikannya.

“Kita berbincang dengan semua kakitangan Proton bagi melaksanakan strategi baharu ini dengan arah tuju melakar kejayaan,” katanya selepas berbuka puasa dengan kakitangan Proton pada 8 Julai.

Inilah kenyataan merepek yang bersifat retorik tanpa ada bukti kemahiran teknologi.

Mahathir berkata Proton bakal menangani pelbagai isu penting yang selama ini menjejaskan imejnya, termasuk bahagian yang dibekal vendor.

Rancangan Proton ialah mengubah tanggapan bahawa ia hanya mampu mengeluarkan kereta murah. Mahathir berkata selepas ini, kereta keluarannya bertahap dunia.

Adakah Proton dilabel kereta murah atau kurang berkualiti? Tidak benar.

Keluaran terbaru iaitu Suprima berharga RM80,000 didakwa Mahathir lebih murah pada kadar RM40,000 berbanding saingannya dengan kualiti yang sama.

Di mana Proton pada pasaran dunia sekarang ini?

Ia bukan termasuk di dalam 20 negara pengeluar otomobil di dunia. Proton berada pada kedudukan ke-35 daripada 50 pengeluar.

Jepun dan Korea ditangga ke-3 dan ke-5 di kalangan 20 negara pengeluar otomobil dan Mahathir yakin mampu menyaingi mereka.

Ini kenyataan yang hampir tidak waras sebenarnya.

Tiada ulasan: