"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iskandar Abdul Samad menafikan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar

SHAH ALAM - Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad menafikan desas-desus yang mengatakan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan beliau kepada sebuah portal berita sebentar tadi menerusi aplikasi WhatsApp.

"Tak betul. (Saya) sedang mesyuarat dengan Menteri Besar (Selangor). Mesyuarat Perancangan Negeri," ujar Iskandar.

Terdahulu, Sinar Harian Online memetik Twitter Setiausaha Akhbar MB, Arfa'eza Aziz, yang memberitahu Abdul Khalid sedang mempengerusikan mesyuarat di SUK.

Tiada ulasan: