
Sangkalajari9 yang menarik ialah penggunaan wang RM250,000 yang dikatakan menjadi punca Rozana Misbun dipukul oleh Awie. Sedikit petikan tulisan tersebut untuk anda:-
Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.
Bercakap menerusi portal Murai, Awie mempersoalkan identiti Sangkalajari9 yang seolah-olah tidur sebantal dengan isterinya. Kata Awie:-
Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan…Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri…
Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya.
Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan