"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kematian model jelita Estonia masih kekal misteri

Regina_Soosalu_300PETALING JAYA: Punca kematian model jelita warganegara Estonia yang dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini masih menjadi tanda tanya. Mayatnya dijumpai terapung oleh beberapa tetamu di pusat peranginan itu.
Nama Regina Soosalu, 30, mula di sebut-sebut apabila beliau dikatakan berpacaran dengan seorang kerabat diraja sejak tiga tahun lalu.

Pihak polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh berikutan penemuan kesan kecederaan yang mencurigakan pada tubuh mangsa. Regina disifatkan sebagai wanita ‘berani dan berdikari’ di kalangan teman-teman rapatnya. Akan tetapi, kematian wanita ini hanya diketahui melalui laman sosial rakannya selepas lima hari kematiannya.

Melalui status terakhir teman lelaki beliau di laman sosial Facebook, Regina merupakan kawan baik sekaligus merangkap cinta hati kerabat berkenaan. Wanita jelita ini akan sentiasa menjadi inspirasi dalam kehidupannya biarpun wanita itu sudah tiada.

Setakat ini pihak polis telah menahan enam individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini untuk membantu siasatan lanjutan. Mayat wanita itu dibedah siasat di Hospital Sultan Aminah dan pihak polis telah menghubungi pihak Interpol untuk memaklumkan kejadian ini.

Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China.

Tiada ulasan: