"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kalau layak dari awal Majlis Syura sokong Azizah' - Datuk Dr Haron Din

 Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron DinBANGI: Majlis Syura Ulama Pas tidak mempunyai halangan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggalas jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau mempunyai kelayakan dan berpengalaman yang cukup bagi memikul amanah itu.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bagaimanapun berkata, Presiden PKR itu tidak memiliki kriteria tersebut sekaligus beliau tidak layak bagi jawatan penting itu di Selangor.

"Itulah penilaian atau pandangan, kalau dia cukup kelayakan, sudah tentulah Majlis Syura Ulama Pas dari awal menyokongnya, dengan tiada sebarang masalah.

"Memang kita hendakkan yang lebih mampu dan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana bertajuk: Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat yang mengkritik prestasi Wan Azizah di Parlimen dan Dun Selangor kerana beliau gagal menjawab soalan dan tidak berupaya berdebat dengan wakil rakyat BN.

Dalam pada itu, katanya lagi, Majlis Syura Ulama Pas juga membuat penilaian itu tanpa cenderung kepada faktor gender.

"Dalam Islam juga bukan jantina menjadi halangan, tetapi kemampuan untuk memikul amanah.

"Jadi Islam lihat pada amanah...amanah ini secara fizikalnya lebih mampu, pengalaman lebih dan latar belakangnya.

"Maka apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan dipikul oleh sebahagian besar daripada pimpinan parti melihatkan ada orang lain yang lebih baik daripada Wan Azizah," ujarnya.

Beliau berkata disebabkan faktor itulah sehingga sekarang Abdul Hadi menyerahkan isu pemilihan Menteri Besar itu kepada Sultan Selangor untuk dimuktamadkan.

"Jika sultan masih melihat Wan Azizah boleh dan sesuai menteri besar, saya rasa tuanku akan lantik beliau.

"Kalau tuanku pun tidak nampak demikian (kelayakan), tuanku akan memilih orang lain," katanya lagi.

2 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Calonkan Haron Din sajalah sebab dia lebih layak. Tak payuah jadi Adun pun xper kalau raja nak.

Tanpa Nama berkata...

Ramai dok cabar aku kata aku berani layang saja tak berani sebut nama siapa ahli Majlis Syura Ulamak yang jadi jurucakap syarikat besar deal projek.....

Maka dengan ini aku umumkan di sini bahawa insan mulia tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din.

Dato' Dr Haron Din telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada suatu ketika sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi yang dimajukan oleh Syarikat Amona Group.

Aku juga dimaklumkan bahawa menantu Dato' Dr. Haron Din telah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Apa kepentingan Dato' Dr Haron Din dengan Amona Group? Siapa pemilik Amona Group? Apa hubungan Amona Group dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin?

Sila...... bujur Lalu Melintang Patah.... silap-silap melintang pukang. ~Zulhazmi At-Takanan