"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azwan Ali buat hal lagi, kutuk Muhyiddin, sifatkan bekas TPM ‘amat merbahaya’

PETALING JAYA: Selebriti tempatan, Azwan Ali ‘bikin panas’ lagi dengan kenyataan kontroversinya dan kali ini dia mengutuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi akaun Instagram, Azwan yang menggelarkan dirinya ‘Diva AA’ membuat kenyataan menyelar Muhyiddin yang berterusan menyerang kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azwan bakal mencetuskan kemarahan ramai menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai ‘duri dalam daging’ dan ‘amat merbahaya’ kerana kritikan terhadap Najib dan UMNO.

“Tak habis-habis ke hulu ke hilir. Kesian. That day siap buat PC ‘Saya terima dengan hati terbuka’. Now? Ko dah kenapa? Stop your nonsense. Duri dalam daging amat-amat merbahaya. Get away!”, tulisnya
-fmt-

Tiada ulasan: