"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

717 jemaah mati, 805 cedera akibat rempuhan (Gambar&video), Tiada Jemaah Malaysia Terlibat Setakat Ini






Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi.

Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah.

Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula. 
-Bernama-


Jemaah haji mendapat rawatan akibat dirempuh dalam tragedi ketika melontar di Mina, Khamis.
PETALING JAYA: Tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media tergempar di Makkah pada Khamis.

Beliau berkata, ia berdasarkan maklumat yang dikumpul mendapati masa dan lokasi kejadian bukan seperti yang ditetapkan Tabung Haji (TH).

Katanya lagi, setakat ini juga, proses pengiraan jemaah Malaysia yang sedang dilakukan untuk mengesan kedudukan semua terlibat.

Tambahnya, setakat ini berdasarkan maklumat awal petugas Tabung Haji di kawasan melontar di lapan pusat, tiada jemaah haji Malaysia yang menggunakan laluan pejalan kaki di Jalan 204 yang juga diuar kawasan yang ditetapkan itu.

"Kita doakan... insyaAllah tiada kejadian buruk berlaku terhadap jemaah haji Malaysia dan jika semuanya berdisiplin serta mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji, insyaAllah tidak akan timbul sebarang masalah kejadian selepas Asar," katanya.

Setakat ini, kira-kira 310 jemaah maut dan 631 lagi cedera ketika bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar kota suci Makkah.

Kejadian itu berlaku di Jalan 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.

Ketika ini kira-kira dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Sebelum ini, dua tragedi berlaku di Makkah, iaitu kren tumbang di Masjidil Haram dan insiden kebakaran di tingkat lapan Hotel Al Azizyiah juga di Tanah Suci.

Kejadian kren tumbang mengorbankan tujuh jemaah Malaysia, manakala 10 yang lain cedera.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.

Bagaimanapun, kejadian kebakaran hotel itu tidak membabitkan jemaah Malaysia.
-mstar-

Tragedi Mina: Lokasi Kejadian Bukan Laluan Jemaah Malaysia - Jamil Khir
Jemaah haji yang cedera dikumpulkan untuk mendapat rawatan susulan kejadian rempuhan di Mina, Khamis.
PETALING JAYA: Jemaah Malaysia tidak sepatutnya terlibat dalam tragedi rempuhan di Mina kerana masa dan lokasi kejadian bukan seperti panduan yang ditetapkan Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagaimapaun petugas TH di Makkah tetap akan memastikan bilangan jemaah Malaysia yang kini sedang berada di khemah-khemah yang menempatkan jemaah Malaysia di sana untuk membuat pengiraan.

Katanya, walaupun kejadian itu sah berlaku, setakat ini masih tidak dapat dipastikan jemaah negara mana yang terlibat, serta jumlah sebenar yang cedera atau terkorban.

"Sepatutnya, berdasarkan jadual yang ditetapkan Tabung Haji jemaah kita tak berada di situ. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu Arab Saudi dan ikut jadual, jemaah kita melontar selepas Asar.

"Bagaimanapun kita sedang pastikan jumlah jemaah Malaysia dengan melakukan pengiraan jemaah dari khemah ke khemah," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Menurut Jamil Khir lagi, maklumat awal yang diterima juga menyatakan bahawa kawasan tragedi adalah di luar kawasan melontar yang biasanya digunakan jemaah Malaysia.

"Jemaah datang dari pelbagai penjuru untuk melontar, tetapi kawasan kejadian jauh dan di luar kawasan penginapan jemaah kita," katanya.

Tambah beliau lagi, pada masa ini pengiraan dari khemah ke khemah sedang dijalankan tetapi tidak dapat menganggarkan bila proses itu selesai dan pengesahan dapat dibuat.

"Pada masa ini jemaah berada di kehamah masing-masing, tetapi ada yang ambil kesempatan untuk keluar dan bertemu rakan jemaah di khemah lain.

"Ada juga yang keluar ke khemah jemaah antarabangsa, jadi kita tak dapat beri anggaran masa bila pengiraan akan selesai," katanya.

Katanya, pihak TH akan memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai keadaan jemaah Malaysia dan situasi di sana dari masa ke semasa.
-mstar-


Sejumlah 310 jemaah haji terkorban dan 450 lagi cedera apabila jemaah haji berempuh-rempuhan semasa mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, hari ini.
Jumlah kematian dan kecederaan itu disahkan oleh pasukan pertahanan awam Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Arsyad Wajdi Dusuki berkata tiada jemaah haji Malaysia disahkan terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina setakat ini.

Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Makkah, lapor Bernama.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Menurut laporan Bernama lagi, kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Sementara itu, wartawan Reuters di bahagian lain di Mina berkata mereka boleh mendengar bunyi siren polis dan ambulans tetapi jalan-jalan menuju ke tempat bencana itu telah disekat untuk mengelakkan dibanjiri orang ramai.

Gambar-gambar yang disiarkan di Twitter pertahanan awam menunjukkan jemaah terbaring di atas pengusung manakala pekerja penyelamat kelihatan mengangkat mereka ke dalam ambulans.

Konvoi ambulans

Ia berkata, lebih 220 ambulans dan 4,000 pekerja penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

Saluran TV milik kerajaan, Al-Arabiya, menunjukkan konvoi ambulans bergerak di kawasan perkemahan Mina.

"Kerja-kerja sedang dijalankan untuk memisahkan kumpulan besar orang ramai dan jemaah ke laluan alternatif," kata pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi dalam akaun Twitter.

Khamis juga merupakan hari raya Aidiladha di mana umat Islam melakukan ibadat korban. Secara tradisinya ia merupakan hari di mana sejumlah besar jemaah cuba melaksanakan ibadat tersebut pada masa yang sama di satu lokasi.

Dua minggu lalu 110 orang terkorban di Makkah apabila kren sebuah projek pembesaran, runtuh semasa ribut dan menghempap bahagian halaman utama Masjidil Haram, dan menimpa jemaah di bawahnya.

Bencana lepas ketika musim haji

Disember 1975 - Silinder gas masak meletup di khemah jemaah, menyebabkan kebakaran yang mengorbankan lebih 200 jemaah.

Julai 1987 - penunjuk perasaan Iran bertembung dengan polis Arab, yang mengakibatkan kematian lebih 400 jemaah haji Iran.

Julai 1990 - Di dalam terowong al-Muaissem berhampiran Mekah di Arab Saudi, 1,426 jemaah maut terhempap. Kemalangan itu berlaku pada hari raya Aidiladha.

Mei 1994 - Satu rempuhan berhampiran Jambatan Jamarat di Mina, dekat Mekah, membunuh 270 di kawasan di mana melakukan ibadah melontar.

April 1997 - 343 jemaah terbunuh dalam kebakaran khemah di kem haji di Mina, yang menyebabkan kerajaan membina khemah kekal kalis api di sana.

April 1998 - 119 jemaah maut dihempap di Arab Saudi ketika ibadah haji.

Februari 2004 - Rempuhan mengakibatkan 251 jemaah maut berhampiran Jambatan Jamarat semasa ibadah melontar.

Januari 2006 - Seramai 362 jemaah maut di pintu masuk timur Jambatan Jamarat semasa ibadah melontar.

September 2015 - Satu kemalangan kren tumbang ke dalam Masjidil Haram sebelum ibadah haji bermula, mengorban 111 jemaah.
-malaysiakini-






1 ulasan:

abu bakar berkata...

maka kebencian pun bertambah, mata mata yang telah buta menentang kezaliman
anda dulu membisu nah kaum yang zalim ini telah keterlaluan
jika berita ini benar

http://english.farsnews.com/newstext.aspx?nn=13940702000492

dan malapetaka tiadalah lambat kepada kaum yang zalim dan kaum kaum yang membisu terhadap keezaliman umat islam

mereka ini patut di rejam