"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Babak nenek gatal yang viral (gambar)


Video nenek cuba cium remaja gemparkan China
RAKAMAN video menunjukkan nenek itu cuba mencium budak lelaki
Beijing: Satu rakaman video yang memaparkan seorang nenek cuba mencium bibir seorang budak lelaki kini viral di laman sosial di China.

Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di sebuah kediaman di China.

Menurut portal berita Sina News, budak lelaki berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an.

Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan dan terus mencium bibirnya.

Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya.

Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu.

Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya dengan kuat sebelum keluar dari lif.

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita itu sebagai nenek yang gatal.

“Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna. - Agensi
-hmetro-