"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sidang meja bulat pembangkang berjalan tanpa kehadiran PAS

Persidangan meja bulat pembangkang bermula pagi ini di sebuah hotel di Subang Jaya dengan dipengerusikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tanpa kehadiran wakil PAS.
Turut serta di samping pemimpin PKR, ialah DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah.

Turut hadir mewakili NGO pada sidang yang bakal menentukan hala tuju gabunganpembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin dan juga pendakwah Abdul Ghani Shamsudin.

Amanah yang dipimpin presidennya, Mohamad Sabu turut disertai Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Anuar Tahir dan Ahli Jawatankuasa Dr Mohd Hatta Ramli.

PKR yang dipimpin Dr Wan Azizah turut disertai Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Rafizi Ramli.

Chua Tian Chan kemudiannya menggantikan Azmin selepas menteri besar Selangor itu terpaksa keluar untuk mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor hari ini.

DAP pula dipimpin Ketua Parlimen Lim Kit Siang tanpa kehadiran Setiausaha Agung Lim Guan Eng. Turut bersama ialah Tan Kok Wai, Liew Chin Tong dan Anthony Loke.

Sidang meja bulat ini dijangka akan menentukan bentuk gabungan antara mereka selepas PAS menarik diri daripada menyertainya dan Pakatan Rakyat (PR) dimansuhkan.

Bagaimanapun, PAS masih bertegas PR masih wujud dan terus bekerjasama dengan PKR tanpa DAP.

Sejak awal PKR berusaha menarik PAS bersama dan disokong Amanah namun parti Islam itu menolak untuk menyertainnya kerana tidak lagi boleh bekerjasama dengan "pengkhianat parti" dan DAP.

PAS menyifatkan Amanah sebagai pengkhianat selepas berpecah daripada parti itu manakala DAP pula kerana mereka memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: