"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mati lemas ditarik ikan

Chongqing (China): Seorang lelaki warga emas mati lemas selepas ditarik seekor ikan gergasi ketika memancing di Sungai Jialing di sini baru-baru ini.

Lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Han itu dilaporkan memancing di sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya.

Rakannya yang dikenali sebagai Ge berkata, tiba-tiba pancing Han mengena ikan yang besar yang menyebabkan mangsa bergelut menarik ikan itu ke darat.

Katanya, ketika Han cuba membawa ikan itu ke darat, ia tiba-tiba menarik pancing dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa tercampak di dalam air.

“Kami cuba menarik Han, tetapi dia terus ditarik ikan sehingga beberapa meter dari tebing sungai.
“Saya kemudian berlari meminta bantuan dari penduduk berhampiran, tetapi apabila saya kembali, Han sudah hilang,” katanya.

Tambahnya, mayat Han dijumpai di dasar sungai oleh pasukan penyelamat beberapa jam selepas kejadian.

Sungai di sini terkenal kerana dihuni pelbagai ikan termasuk ikan kap rumput bersaiz gergasi.
“Saya yakin ikan yang menarik Han ke dalam sungai itu mempunyai berat lebih 20 kilogram,” jelasnya. - Agensi
-hmetro-

Tiada ulasan: